Wednesday, January 13, 2010

Tugasan 2: Buku berkaitan pengaturcaraan

ULASAN BUKU

Tajuk : PHP 5 in Practice
Penulis : Elliot White III dan Jonathan Eisenhamer
Tahun : 2007
Penerbit : Sams Publishing
Muka surat: 440

1. SINOPSIS:

Buku ini memberi panduan dan pendedahan untuk membina laman web dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP. Dengan bahasa pengaturcaraan PHP ini, ia membolehkan pembangun laman web menghasilkan aplikasi web dan servis yang bersifat dinamik. Buku ini juga menerangkan tentang perisian MySQL yang diguna untuk menghasilkan laman web menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP yang dapat menyimpan data di dalam database. Selain itu, buku ini turut menyediakan banyak contoh atur cara, latihan pengaturcaraan, dan cara membangunkan aplikasi web yang melibatkan penggunaan pangkalan data bagi memahir dan mengukuhkan lagi penguasaan pembaca dalam pengaturcaraan web menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP. Antara contoh yang disertakan dalam buku ini ialah penggunaan string untuk memeriksa ejaan perkataan, penggunaan numbers untuk pengiraan interest, pertukaran suhu, dan time and date untuk penggunaan pembinaan calendar, pengiraan tahun lompat dan sebagainya. Di dalam buku ini juga, disertakan pelbagai contoh kesalahan syntax yang biasa dilakukan oleh pembangun laman web yang dapat dijadikan sebagai panduan yang berguna semasa proses pembangunan laman web. Buku ini sesuai sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dan pelajar, rujukan kepada pengaturcara yang ingin mempelajari bahasa pengaturcaraan PHP dengan lebih mendalam, serta pembaca umum yang berminat untuk mempelajari pengaturcaraan web dan membina laman web menggunakan PHP dengan mudah dan berkesan.


2. BIODATA

a. Elliott White III

Nama gelarannya ialah Eli yang merupakan senior pengaturcara web bagi digg.com. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 11 tahun dalam pembangunan aplikasi laman web. Beliau juga telah menghadiri bermacam-macam persidangan PHP diseluruh dunia dan melibatkan diri dalam penerbitan beberapa jenis buku.

b. Jonathan Eisenhamer

Beliau telah melibatkan diri dalam pengaturcaraan secara professional lebih dari 20 tahun yang lebih berfokus dalam sokongan bagi masyarakat falak (astronomi). Sepanjang tempoh tersebut, beliau memperolehi Sarjana Sains dalam bidang Sains Komputer dan telah menjadi pengarang bersama di dalam penulisan dalam bidang-bidang astronomi, pengkomputeran falak, dan teknologi pengkomputeran dalam bilik darjah. Kini, beliau menjadi penyelia dan pengaturcara untuk web dan pengaturcara bagi kumpulan perkhidmatan cetakan dalam Office Public Outreach di Sains Teleskop Angkasa Institusi, beliau berdedikasi bagi menyediakan orang awam dengan keputusan terkini dari Hubble Angkasa Teleskop.


3. RUJUKAN

White E., Eisenhamer J. (2007). PHP 5 In Practice.
Indiana: Sams Publishing
 
Copyright P&P Pengaturcaraan Komputer 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .